![]() |
Gunung Kelud |
Segala perintah Allah itu mengandungi hikmah, walaupun kadang kala
akal tidak mampu menjangkaunya. Segala larangan Allah mengandungi
madharatnya, tidak hanya bagi pelakunya saja tetapi bagi segenap orang
di sekitarnya jika saling menasihati dan saling menegur.
Abu dan lahar gunung berapi telah meletus dari Gunung Kelud pada
hari khamis lepas semasa waktu malam (13/02/2014) (tepat pada malam
Valentine) telah mengepung daerah-daerah sekitarnya. Bahkan kesan abunya
ke arah timur sudah mencapai daerah Ponogoro dan arah barat sudah
mencapai Ciamis. Di daerah Madiun dan Magetan jarak pandangan untuk
penunggang/pemandu hanya mencapai 3 hingga 5 meter. Bencana ini
menghalang aktiviti dan melibatkan banyak kerugian.
Semuanya itu merupakan peringatan dari Allah SWT agar hambaNya
tidak melakukan kemaksiatan kepadaNya dan agar ummat Islam tidak
meraikan Hari Valentine yang merupakan budaya orang barat. Perlakuan
maksiat yang mencapai taraf zina pada malam tersebut akan melahirkan
kerosakan yang sangat banyak di muka bumi ini dan akan melahirkan orang
tidak mempunyai lagi rasa malu sehingga sanggup melakukan apa saja yang
dikehendakinya.
Kalau ada yang mengatakan "kami meraikan hanya untuk menunjukkan
kasih-sayang namun tidak sampai kepada pezinaan" , maka setidak-tidaknya
dia telah melakukan dosa besar serta menelanjangkan agamanya serta
mengamalkan budaya agama di luar daripada Islam secara tidak sedar dia
telah menelanjangkan agamanya.
Walaupun sesama suami-isteri, jika menunjukkan sikap kasih-sayang
yang berbeza pada malam tersebut seperti menunjukkan keromantisan yang
lebih hangat pada hari Valentine bererti telah redha dengan perayaan
yang berpunca dari orang barat. Jadi mereka telah menunjukkan sikap
kesetiaan kepada budaya haram ini dan secara tidak lansung dia juga
telah redha dengan agama yang Allah sendiri tidak meredhainya.
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Seseorang itu
akan dikumpulkan bersama orang-orang dicintai pada hari kiamat" (HR.
Tirmidzi)
Siapa orang yang kita berikan kesetiaan pada saat ini, maka bersama merekalah kita akan dikumpulkan pada hari kiamat.
Jika mahukan hari yang istimewa diantara suami-isteri kenapa perlu
di hari Valentine? Bukankah selain Valentine lebih baik banyak
saat-saat tertentu yang mempunyai alasan tepat untuk mengistimewakannya?
Bukankah tarikh perkahwinan anda lebih tepat untuk mengenang kembali
bagaimana indah dan romantisnya saat pertama kali anda menjadi sepasang
kekasih yang halal.
Mungkin sepanjang menjalani hidup berumah tangga mungkin ada
berlaku perkara yang menganggu keharmonian. Jadi apa salahnya pada
tarikh perkahwinan anda untuk bersama pasangan anda memikirkan saat-saat
indah tersebut sehingga suasana ketika itu seperti anda masih pengantin
baru.
Allah sangat menyayangi hambaNya sehingga pada malam tersebut
memberikan peringatan kepada hambaNya agar segera bertaubat sebelum
sempat melakukan hal yang haram dan menambah pahala serta darjat yang
tinggi bagi orang-orang mukmin yang selalu bersabar. Segeralah insaf
selagi nyawa belum sampai ke tekak. Jangan mengundang musibah di dunia
dan azab di akhirat. Bersabarlah bagi orang-orang yang beriman, kerana
Allah akan menggantikan semuanya dengan pahala yang besar.
Sumber : http://infoislam80.blogspot.co.id
0 komentar:
Posting Komentar